KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda beberapa daerah di Perak, Pahang dan Johor, selain Sabak Bernam di Selangor sehingga jam 1 tengah hari ini.
-Advertisement-
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan di Perak, cuaca itu dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain Bera dan Rompin di Pahang, katanya, di Johor, cuaca terbabit dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
-Advertisement-
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat terkini berhubung cuaca semasa di laman web rasmi iaitu https://www.met.gov.my.
-BeritaHarian