WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28167) ORDER BY meta_id ASC

Iklan 'berkuasa' mempengaruhi pengguna » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Iklan ‘berkuasa’ mempengaruhi pengguna

Estimate Reading Time: < 1 minute

PENGIKLANAN berperanan besar dalam memasarkan sesuatu produk terutama pada era ini yang menawarkan pelbagai cabang komunikasi.

-Advertisement-

Berbanding dahulu yang mana pengiklanan sukar menembusi pelbagai lapisan masyarakat, hari ini ia boleh bertindak lebih daripada itu, malah berupaya dituju kepada golongan sasar.

Iklan sebenarnya permainan minda. Ia adalah alat paling berkuasa, berupaya memujuk pengguna dan mampu memanipulasi dalam menyampaikan mesej tanpa sempadan.

Pengiklanan kini berada di mana-mana, dan hari ini lebih mudah untuk menjangkau pelanggan melalui internet. Memandangkan kepentingannya dalam masyarakat hari ini, kebanyakan orang percaya bahawa pengiklanan dan penjenamaan adalah jauh lebih penting daripada produk itu sendiri.

Pada peringkat awalnya, pengiklanan adalah kaedah terbaik untuk mempromosikan produk. Tanpa hebahan, agak sukar sesuatu barangan itu dijual. Kewujudannya tidak akan diketahui apatah lagi jika perlu bersaing dengan produk lain yang hampir serupa. Justeru pengiklanan sudah menjadi pelaburan menguntungkan.

Namun, iklan juga mampu mempengaruhi emosi pengguna. Unsur sedih, gelisah, gembira, suka dan duka yang dipaparkan dalam iklan selalunya mampu mencuit hati masyarakat. Hal ini boleh dilihat misalnya dalam iklan Aidilfitri PETRONAS hinggakan penonton tertunggu-tunggu saban tahun, apakah cerita dan tema yang akan dibawa kali ini.

-Advertisement-

Iklan yang berjaya menyentuh emosi sangat berkuasa. Hal ini kerana ia mampu mempengaruhi keputusan individu dan punya kuasa pujukan. Misalnya bagi sebuah syarikat kosmetik, tentu saja model ternama dengan kejelitaan sempurna mampu menarik minat pengguna walaupun sebenarnya mungkin individu itu cantik semula jadi tanpa penggunaan produk kecantikan.

Secara tidak sedar, hidup kita dipengaruhi pengiklanan dan kerananya kita memutuskan apakah sarapan pagi nanti. Ia mungkin bermanfaat tetapi tanpa pertimbangan waras ia mungkin membahayakan. Kita sebagai pengguna perlu bijak menapis buruk dan baiknya.

Tanjung Malim, Perak

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC