KUANTAN: Meskipun pelbagai amaran telah dikeluarkan dan kempen kesedaran dilaksanakan secara meluas melalui media massa dan sosial, sindiket penipuan kewangan (scam) terus bermaharajalela di negara ini.
-Advertisement-
Malangnya, masih ramai yang menjadi mangsa setiap hari akibat terpedaya dengan helah licik pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut data terkini, jumlah kerugian yang direkodkan akibat penipuan kewangan menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
-Advertisement-
Penjenayah kini menggunakan pelbagai platform digital seperti Telegram, WhatsApp, Facebook, malah turut menyasarkan pengguna di aplikasi hiburan popular seperti TikTok, bagi memperdaya mangsa dengan janji pelaburan menguntungkan.