BAYAN LEPAS: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup melibatkan laluan di Kilometer (KM) 16.0 hingga KM18.0 di kedua-dua arah selama dua hari.
-Advertisement-
Melalui satu kenyataan media, kedua-dua laluan itu akan ditutup pada 23 dan 24 Jun bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Bagi 23 Jun, penutupan melibatkan Ialuan arah Barat (Ialuan dari Batu Kawan ke Batu Maung) manakala arah Timur melibatkan laluan dari Batu Maung ke Batu Kawan ditutup pada 24 Jun.
-Advertisement-
“Penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
“Oleh itu, laluan kontra (contra lane) akan diaktifkan sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai bagi melancarkan aliran trafik,” kata kenyataan itu.
-SH