JPJ NS lelong 100 kenderaan Rabu depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Sebanyak 100 kenderaan pelbagai jenis akan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan pada siri pertama lelongan tahun ini, Rabu depan.

-Advertisement-

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf, berkata antaranya ialah lori dan motosikal jenis RXZ yang diminati ramai.

Katanya, harga bukaan bidaan ialah serendah RM50.

“Dokumen lelongan akan dijual pada 26 dan 27 Januari 2026 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini.

-Advertisement-

“Orang ramai yang berminat membida boleh membeli buku mengandungi maklumat kenderaan pada harga RM100 senaskhah dan bayaran hendaklah dibuat secara tunai.

“Pembida yang membeli dokumen lelongan dibenarkan membuat pemeriksaan awam ke atas kenderaan motor di dua lokasi iaitu Depoh Sita, JPJ Negeri Sembilan dan Depoh Sita, Stesen Penguatkuasa JPJ Pedas, Rembau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil kutipan lelongan kali ini dijangka lebih tinggi berbanding siri terdahulu, berikutan ada beberapa kenderaan menjadi tumpuan pembida.

-BeritaHarian