Kalau ada bukti keganasan, keluarkan – Beego

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pelakon Beego, 45, meminta isterinya, Linda Hashim, 41, tampil mengemukakan bukti keganasan terhadapnya sepanjang berumah tangga.

-Advertisement-

Beego atau nama sebenar, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata, dia tidak perlu menggunakan persepsi orang ramai untuk meraih simpati.

“Itu semua persepsi orang. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar keluarkan. Saya tak cabar, tapi saya tahu tak ada.

-Advertisement-

“Saya tak ada muatnaik apa-apa foto. Bagi saya, kalau mahu selesaikan secara baik, saya rasa tak perlu provokasi persepsi masyarakat.