PETALING JAYA: Kerajaan akan membenarkan pendatang asing tanpa izin pulang ke negara asal secasra sukarela, sebahagian daripada program untuk menangani masalah warga asing tanpa dokumen.
-Advertisement-
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin pada sidang media berkata kerajaan juga mempunyai suatu lagi program, iaitu program rekalibrasi tenaga kerja, untuk “meregularisasikan” PATI sebagai pekerja asing yang sah.
-Advertisement-
Kedua-dua program ini, komponen utama dalam Pelan Rekalibrasi PATI, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Pelan ini akan dilaksanakan bermula 16 Nov hingga 30 Jun. -FMT