KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 15 peratus setakat 9 pagi ini.
-Advertisement-
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 23 peratus, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 22 peratus manakala Terengganu, 20 peratus.
Negeri Sembilan pula merekodkan 19 peratus; Selangor 17 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 16 peratus.
-Advertisement-
Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.
Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
– BERNAMA