Lelaki ditahan maki anggota tentera

Estimate Reading Time: < 1 minute

KANGAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki anggota tentera ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya di Kuala Perlis semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 35 tahun yang bekerja sendiri bertindak melempar kata-kata jelik kepada anggota tentera yang sedang bertugas.

“Kejadian itu berlaku apabila polis meminta kad pengenalan suspek, namun suspek telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang anggota tentera berada berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

-Advertisement-

Wari berkata, suspek direman selama sehari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

– Bernama