KUALA LUMPUR: Prihatin dengan situasi yang berlaku di Gaza membuatkan ZUS Coffee bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyediakan 10,000 juadah berbuka puasa untuk rakyat Palestin pada Ramadan lalu.
-Advertisement-
Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian, berkata, inisiatif itu adalah hasil daripada pengumpulan dana sebanyak RM266,000 daripada Komuniti ZUS Coffee.
-Advertisement-
Beliau berkata, ia melalui inisiatif ZUS CARES, yang dipaparkan di dalam aplikasi ZUS Coffee.
Katanya, sumbangan itu secara rasminya telah diserahkan kepada MAPIM bagi membantu program dan memastikan keluarga di Gaza mendapat sokongan sepanjang Ramadan yang lalu.
“Malah inisiatif ZUS CARES berterusan sehingga kini, membolehkan pelanggan menyokong usaha-usaha bermakna bagi golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ZUS CARES adalah ciri menderma di dalam dalam aplikasi ZUS Coffee yang membolehkan pelanggan menyumbang kepada inisiatif derma yang telah disahkan semasa membuat pembayaran.
“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang telah bersama-sama, melalui platform ZUS CARES, menyokong keluarga di Gaza.
“Sumbangan kolektif ini menunjukkan bahawa tindakan kebaikan yang kecil, apabila dilipatgandakan, boleh mencipta kesan yang mendalam dan berkekalan,” katanya.
Sementara itu, MAPIM berkata, bagi kebanyakan orang di Gaza, sokongan itu lebih daripada sekadar hidangan biasa.
Katanya, ia adalah simbol perpaduan dan mesej harapan.
“MAPIM merakamkan ucapan terima kasih yang mendalam atas sumbangan ikhlas ini, menekankan bahawa kemurahan hati ini akan membantu mengekalkan usaha bantuan yang penting dan menaikkan semangat mereka yang menghadapi kesukaran.
“Sumbangan itu juga datang pada ketika usaha-usaha kemanusiaan di Gaza menghadapi cabaran yang amat besar.
“Malah, hanya beberapa hari selepas penyerahan itu, MAPIM kehilangan lapan anggota kemanusiaannya, yang terkorban secara tragis dalam serangan udara,” katanya.
-BeritaHarian