WELLINGTON: Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark mengumumkan peletakan jawatan pada Khamis selepas menerima kecaman susulan tindakannya melanggar perintah berkurung.
-Advertisement-
Beliau turut dikecam selepas mengkritik penjawat awam ketika negara berdepan penularan pandemik COVID-19.
Clark menyifatkan beliau sudah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya.
Bagaimanapun, beliau akui tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan terhadap tindak balas COVID-19.
Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Khamis turut mengesahkan beliau menerima peletakan jawatan itu.
-Advertisement-
Sebelum ini Ardern berkata Clark boleh dipecat, namun perkara itu tidak dibuat bagi mengelakkan gangguan terhadap usaha kerajaan melawan pandemik COVID-19.
New Zealand mencatatkan kejayaan dalam menangani coronavirus.
Negara itu mencatatkan 1,528 kes coronavirus yang disahkan atau kemungkinan dengan 22 maut.
Bulan lalu, semua sekatan COVID-19 ditamatkan dan negara diisytiharkan bebas virus.
Setakat ini, portfolio Kementerian Kesihatan disandang Menteri Pendidikan Chris Hipkins buat sementara waktu.
– Agensi