KUALA LUMPUR, 3 Dis — Perjanjian konsesi MY E.G. Services Bhds (MYEG) untuk menyediakan Perkhidmatan E-Kerajaan telah dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi dari 23 Mei, 2020 hingga 22 Mei, 2023.
-Advertisement-
MYEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia menerima surat mengenai lanjutan itu daripada Kementerian Pengangkutan pada 3 Dis, 2020.
Perkhidmatan itu termasuklah penyediaan elektronik bagi pendaftaran kenderaan, lesen pemandu dan kenderaan dan pembayaran saman.
-Advertisement-
Lembaga Pengarah MYEG menjangka lanjutan itu memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset sesaham bersih syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2020 dan seterusnya.
— BERNAMA