PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ujian Covid-19 ke atas seorang petugas barisan hadapan, Dr Ali Noor Hassan, yang meninggal dunia semalam, adalah negatif.
-Advertisement-
Beliau berkata Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Dis 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.
Noor Hisham memohon agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati jenazah serta ahli keluarganya.
-Advertisement-
“Beliau merupakan seorang pegawai perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit, dan masyarakat setempat beliau,” katanya di Facebook.
-FMT