KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak melaksanakan operasi nyah cemar terhadap dua bas yang digunakan untuk menghantar pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) balik ke kampung, hari ini.
-Advertisement-
Ketua JBPM Zon 1 Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, terbabit dalam operasi itu.
“Dua bas menjalani proses nyah cemar pagi ini. Kedua-dua bas itu akan membawa 29 pelajar IPT untuk balik ke Sibu hari ini,” katanya.
Sementara itu katanya, JBPM meneruskan program sanitasi awam di tempat tumpuan ramai.
-Advertisement-
“Di Kuching ini kami melaksanakan program berkenaan di Surau Darul Akhirat, di Jalan Lumba Kuda.
“Program itu membabitkan seramai 11 anggota bomba dibantu enam kakitangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS),” katanya.
-BH