KUCHING: Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya dalam kejadian pagi tadi, sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
-Advertisement-
Ketua Polis Kuching, Awang Din Awang Gani, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 7 pagi tadi mengenai insiden yang menimpa pelajar tingkatan lima itu.
“Mangsa juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.
-Advertisement-
“Setakat ini, kes masih dalam siasatan polis dan kecederaan sebenar mangsa yang merupakan pelajar aliran sains itu masih belum diketahui dan kami masih menunggu laporan penuh doktor,” katanya.