Pelajar universiti perlu kekal di kampus jika PKP dilanjutkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pelajar universiti akan dikekalkan sekiranya perintah itu memasuki fasa ketiga.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelajar universiti akan tetap berada di dalam kampus dan mereka tidak boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Sekiranya (PKP) masih berjalan… SOP akan berjalan seperti biasa iaitu pelajar akan kekal di kampus dan mereka akan dibekalkan makanan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini

-Advertisement-

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan keresahan ibu bapa yang mahukan anak mereka pulang sekiranya PKP bersambung minggu hadapan.

-BH