Penanaman padi diperluas di Sabah, Sarawak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seluas 4,839 hektar kawasan di Sabah dan Sarawak akan dibangunkan untuk projek penanam padi.

-Advertisement-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jumlah itu membabitkan 2,158 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud serta 2,680 hektar di Sarawak, dengan tumpuan di Batang Lupar.

-Advertisement-

“Saya ingin mengesahkan 50,000 hektar kawasan di Sabah dan Sarawak adalah perancangan jangka panjang,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian pada sesi soal jawab di Rakyat, hari ini.
-BeritaHarian