KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei depan, bersamaan dengan tarikh 1 Zulkaedah 1444.
-Advertisement-
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar, berkata berbanding tahun lalu, keputusan penghantaran pada tahun ini adalah berbeza kerana jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal.
-Advertisement-
Beliau berkata, ketika ini TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses merayu kuota tambahan.
“Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntuhan TH tahun 2022, di sini hari ini. – Berita Harian