PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini membebaskan Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan daripada tuduhan mendedahkan maklumat.
-Advertisement-
Hakim Norshila Kamaruddin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
“Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.
-Advertisement-
Sanjeevan, 35, didakwa pada Dis 2018 dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan, kerana mendedahkan kandungan laporan polis kepada orang di blognya pada Nov 2015.
Peguam Sanjeevan, S Preakas berkata mereka berharap pihak pendakwaan tidak akan merayu keputusan mahkamah hari ini.
“Tetapi terpulang kepada mereka, kalau buat rayuan kami bersedia berdepan,” katanya. -FMT