Penumpang PERODUA Alza masih dirawat di Hospital Baling

Estimate Reading Time: < 1 minute

BALING: Empat mangsa termasuk pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) awal pagi tadi, dirawat di wad Hospital Baling.

-Advertisement-

Sumber berkata, pemandu MPV, Mohd Lutfi Radzi, 37, hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar wad, manakala isterinya, Nurul Ain Zakaria, 36, serta dua anaknya, Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, dan Muhammad Ahsan Nafis Mohd Lutfi, 2, masih dalam rawatan serta dilaporkan stabil.

-Advertisement-

Dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik, jam 1 pagi tadi, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak disahkan maut, manakala tujuh lagi parah.

Bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Besut ke kampus di Tajung Malim, Perak.
-BeritaHarian