KUALA TERENGGANU: Kenderaan Penjara Marang yang membawa Mohd Affendi Awang, 42, tiba di pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada jam 2.29 petang.
-Advertisement-
Lelaki itu dibawa ke masjid berkenaan bagi menjalani hukuman enam sebatan bersabit kesalahan khalwat berulang.
Tinjauan mendapati kenderaan berkenaan tiba di pekarangan masjid diiringi dua kereta peronda penjara.
-Advertisement-
Sebaik tiba, tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna oren dan pelitup muka dengan tangan bergari masuk ke masjid berkenaan diiring anggota polis.