PUTRAJAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Datuk R Ramanan memberi jaminan sebarang penyelewengan membabitkan dana agensi itu tidak akan berulang.
-Advertisement-
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, MITRA kini lebih telus dan berintegriti dalam setiap pengagihan dananya kepada kumpulan sasar.
-Advertisement-
“Saya boleh beri jaminan bahawa MITRA tidak akan ada apa-apa (kaitan) dengan penyelewengan. Tidak perlulah risau, kami akan telus,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – Berita Harian