Dhaka: Sebanyak 219 kematian dan 511 kecederaan direkodkan susulan 409 insiden kemalangan jalan raya yang berlaku di ibu negara Bangladesh sepanjang tahun 2025, menurut satu laporan yang diterbitkan pada Rabu.
-Advertisement-
Laporan tersebut dikeluarkan oleh Yayasan Keselamatan Jalan Raya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan isu keselamatan trafik. Statistik menunjukkan pejalan kaki merupakan golongan paling berisiko, menyumbang hampir separuh daripada jumlah kematian dengan kadar 47.03 peratus.
Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal turut mencatat angka korban yang tinggi iaitu sebanyak 43.37 peratus. Baki 9.58 peratus melibatkan pengguna jalan raya lain termasuk pemandu dan penumpang bas, beca serta pelbagai jenis kenderaan awam dan persendirian.
-Advertisement-
Pertubuhan berkenaan turut mengenal pasti sembilan faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, antaranya keadaan kenderaan yang tidak selamat, pemanduan secara berbahaya, serta penggunaan laluan yang sama oleh pelbagai jenis kenderaan tanpa kawalan yang berkesan.
-BeritaHarian