KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.
-Advertisement-
Kerugian yang dicatat baru-baru ini pula menyebabkan pelabur beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun.
Pada 8.20 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.3245/3400 berbanding dolar AS daripada 4.3255/3305 semalam.
-Advertisement-
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit dijangka tidak berubah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati.