KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudahpun mengundi untuk memilih pengerusi dan juga timbalan pengerusi bagi jawatankuasa bebas mereka di Asuncion, Paraguay 15 Mei lalu.
-Advertisement-
Ia menyaksikan setiap ahli akan bertugas bagi tempoh empat tahun membabitkan hal ehwal bola sepak, bola sepak pantai dan juga futsal.
Pemilihan itu seharusnya mengujakan penyokong bola sepak Malaysia kerana Senior Asisten Komisioner (SAC) S Parusuraman kekal memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kamar Siasatan Jawatankuasa Etika.
-Advertisement-
Ia sekali gus muncul individu pertama dan satu-satunya rakyat Malaysia memegang jawatan itu di FIFA setakat ini selepas dipilih daripada 209 wakil daripada negara lain.
Nama beliau tidak asing lagi kerana SAC Parusuraman ketika ini mengetuai Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Sarawak serta Bahagian Keselamatan Komuniti.
Beliau mendapat 139 undian pada Kongres FIFA 2021 di Zurich sebelum ini yang menyaksikan beliau memegang jawatan itu sejak 2021 hingga 2025.
Antara sebahagian tugasan beliau adalah mendengar dan memutuskan kes membabitkan pelanggaran etika oleh mana-mana pegawai ataupun pemain bola sepak mengikut undang-undang FIFA.
Presiden FIFA, Gianni Infantino turut mengesahkan Kongres FIFA ke-76 akan berlangsung di Vancouver, Kanada pada 3O April 2026.
-AGENSI