Salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat di Pulau Pinang disiasat SPRM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam pembelian tanah menggunakan dana zakat.

-Advertisement-

Menurut sumber, siasatan itu dibuka susulan pendedahan dibuat oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun lalu.

“Pasukan siasatan telah hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terlibat bagi mendapatkan dokumen berkaitan, dan semuanya kini sedang dikaji. Selain itu, SPRM juga telah merakam percakapan dua individu yang dipercayai terbabit dalam kes ini,” kata sumber itu.

-Advertisement-

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y Subbiah, ketika dihubungi, mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009

-berita harian.