KUALA LUMPUR: Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini iaitu 127 setakat jam 12 tengah hari ini.
-Advertisement-
Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di laman web http://apims.doe.gov.my, Seremban mula mencatatkan IPU tidak sihat sejak jam 6 pagi tadi.
Sehingga jam 12 tengah hari, hanya tiga kawasan iaitu Keningau, Sabah dan ILP Miri dan Sri Aman, Sarawak mencatatkan IPU baik.
-Advertisement-
Sebanyak 64 kawasan lain pula mencatatkan IPU sederhana.
Bagaimanapun petang semalam, antara jam 4 petang sehingga 9 malam, Cheras turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu antara 108 sehingga 119.
Diikuti Port Dickson mencatatkan bacaan IPU kurang sihat iaitu 101 pada jam 8 malam tadi. – Berita Harian