Siasatan rasuah: SPRM cadang pegawai kanan tentera didakwa

Estimate Reading Time: < 1 minute

SPRM akan mengesyorkan sekurang-kurangnya tiga pegawai kanan tentera dihadapkan dengan pertuduhan jenayah, susulan siasatannya terhadap dakwaan rasuah melibatkan dana dan perolehan tentera.

-Advertisement-

Ia berkaitan siasatan terhadap bekas panglima tentera darat, Hafizuddeain Jantan yang masih berjalan, dan satu lagi siasatan melibatkan beberapa pegawai tinggi tentera yang lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata pegawai penyiasat telah diminta melengkapkan siasatan pada minggu depan dan menyerahkan hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya.

“Saya akan segera maklumkan kepada media jika pendakwaan akan dikenakan kepada suspek dalam kes-kes ini.

-Advertisement-

“Untuk kes pertama, (SPRM akan cadang pertuduhan) seorang atau dua orang. Untuk kes kedua, mungkin sekurang-kurangnya dua orang akan dituduh. Ini bergantung kepada timbalan pendakwa raya.

“Kesemuanya adalah pegawai tentera,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

-Malaymail