Single Raja Dusta tak sindir sesiapa

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle mengakui single terbaharu berjudul Raja Dusta mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Mengulas lanjut, Diana menjelaskan, lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan John Jeeves itu adalah cerminan kepada kekuatan wanita yang sering terperangkap dalam budaya ‘misoginis’ yang menjadikan mereka mangsa penderitaan secara senyap.

“Saya mahu menghasilkan sesuatu lebih rancak dan menyeronokkan sebagai satu sindiran terhadap situasi hidup saya sekarang.

“Walaupun saya boleh kaitkan lagu ini dengan pengalaman peribadi, ia bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.