KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan peperiksaan dan penilaian akhir bagi diploma, sijil Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan dilaksanakan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-Advertisement-
KPT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu juga dibuat selepas Politeknik dan Kolej Komuniti diwartakan sebagai pusat survelan atau stesen kuarantin sementara bagi operasi menangani COVID-19.
“Sehubungan itu, markah pentaksiran semester adalah berdasarkan kepada markah Penilaian Berterusan,” katanya.
-Advertisement-
Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan PKP, pelajar yang masih berada di kampus diminta terus berada lokasi masing-masing begitu juga pelajar yang berada di kediaman keluarga sehingga diberitahu kelak.
Bagi pelajar program sarjana muda di Politeknik, satu pemakluman berasingan akan dikeluarkan khusus untuk mereka. – Berita Harian