PUTRAJAYA: Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Jumaat dan pada 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-Advertisement-
Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan 33 lebuh raya utama negara.
-Advertisement-
“Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media hari ini. – Berita Harian