WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan melanjutkan larangan permit pekerjaan sehingga hujung tahun ini termasuk kepada pemegang visa H-1B yang digunakan secara meluas dalam sektor industri teknologi, menurut Rumah Putih.
-Advertisement-
Pegawai kanan pentadbiran menyatakan langkah itu memberi kesan kepada 525,000 pekerjaan sekali gus meningkatkan angka pengangguran akan menjadi lebih tinggi.
Pembekuan itu juga termasuk visa H-2B yang digunakan 66,000 pekerjaan kemahiran rendah seperti industri landskap, makanan dan hospitaliti dan visa H-4 yang membenarkan pasangan pemegang visa lain bekerja.
Namun begitu, pengecualian diberikan untuk kilang memproses makanan laut dan untuk pasangan suami isteri, orang asing yang menawarkan bantuan rumah tangga seperti penjagaan anak.
-Advertisement-
Arahan itu dilakukan berikutan maklum balas terhadap peningkatan pengangguran disebabkan oleh COVID-19.
“Trump dikatakan mahu mengutamakan pekerja yang ditawarkan dengan gaji tinggi, sebagai indikator bahawa mereka boleh menambah nilai kepada ekonomi AS.
“Ini akan menghapuskan persaingan dengan rakyat Amerika dalam pelbagai sektor di peringkat permulaan sekali gus membantu mereka memperoleh pekerjaan,” menurut pegawai berkenaan.
Dalam pada itu, kesan daripada peraturan baharu itu akan membuat lebih sukar bagi puluhan ribu pencari suaka yang menunggu persidangan mahkamah mereka untuk bekerja dengan sah.
Pengangguran disebabkan oleh COVID-19 di AS kini melepasi 45.7 juta pada minggu lalu, biarpun perniagaan mula dibuka, tapi kebimbangan juga wujud berikutan pandemik itu mengakibatkan kesan kewangan yang besar terhadap perniagaan. – AFP