PLZEN, Republik Czech: Manchester United mengambil iktibar daripada persembahan hambar babak pertama di Viktoria Plzen dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi sebelum menang 2-1, kata jurulatih Ruben Amorim.
-Advertisement-
Penyerang Rasmus Hojlund meledak dua gol pada babak kedua untuk membolehkan United bangkit daripada ketinggalam satu gol di kelab juara Czech enam kali Plzen bagi kemenangan ketiga berturut-turut mereka di Eropah.
“Kami bertambah baik ketika perlawanan,” kata Amorim kepada TNT Sports. “Kami menguasai perlawanan pada babak pertama tetapi tanpa sebarang peluang keemasan.
-Advertisement-
“Kami kurang kelajuan dan gerakan jadi kami tidak berjaya mengawal bola dengan baik kerana padang terlalu sukar untuk membuat hubungan dengan penyerang. Viktoria juga tidak mencipta peluang.