ALOR SETAR: “Alhamdulillah syukur, Toyota Alphard sudah ditemui,” kata Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, atau lebih popular dengan nama Ustaz Firdaus Firabib mengenai kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya yang hilang Sabtu lalu.
-Advertisement-
Katanya, MPV itu ditemui di Bukit Merah, Perak, semalam dan beliau juga sudah membuat pengecaman penuh.
“Memang jelas itu kereta saya cuma kamera dan dron tiada,” katanya ketika dihubungi dan memohon sesiapa mempunyai maklumat ada tahu ada individu mahu menjual dron atau kamera secara murah atau di mana-mana kedai supaya memaklumkan kepadanya.
Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat serta polis yang membantu dalam kes itu.
-Advertisement-
Mohd Firdaus adalah Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd yang kehilangan kenderaan bernombor pendaftaran VM7515 itu yang diletakkan di parkir sebuah hotel di Ipoh, Perak, kelmarin.
Katanya, dia ke Perak untuk mempromosi perniagaan miliknya, Nasi Kabsah bersama Tehyeish, pada 15 hingga 18 Mei di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu bergerak keluar dari pekarangan hotel pada jam 5.25 pagi hari kejadian.
Mohd Firdaus berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak berhubung kehilangan kenderaan itu yang di dalamnya tersimpan, antaranya sebuah dron dan sebuah kamera berjenama.
-BeritaHarian