KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
-Advertisement-
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penyeragaman itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
“Saya mengambil maklum rata-rata rakyat masih berharap perkhidmatan kerajaan dapat beroperasi di luar waktu pejabat untuk memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan.
-Advertisement-
“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi di UTC di seluruh negara berkuat kuasa 1 Julai 2020,” katanya.
-BH