PUTRAJAYA: Sebanyak 7,105 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat ke 579,462 kes.
-Advertisement-
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi hari ini dengan 2,068 kes.
-Advertisement-
Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (817); Sarawak (703); Kelantan (531); Johor (431) dan Pulau Pinang (400).
“Hanya Perlis tidak mencatatkan pertambahan kes COVID-19 hari ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.-BH