10,972 kes Covid-19, Selangor tertinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 10,972 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 927,533 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 4,404 kes.

-Advertisement-

Ini disusuli Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170), Terengganu (144), Putrajaya (48), Labuan (24) dan Perlis (1).-FMT