MANJUNG: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis Pantai Remis, Manjung, malam tadi.
Difahamkan, mangsa tertembak kepala dengan senjata api jenis M14 kira-kira jam 9.25 malam.
Anggota berkenaan bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terbabit dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung.
Mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam.
-Advertisement-
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan motif kejadian masih dalam siasatan.
-BH