SYDNEY: Beberapa perkhidmatan kecemasan Australia hari ini dilaporkan terkesan ekoran larangan Facebook untuk berkongsi kandungan berita di negara itu.
-Advertisement-
Ia selepas beberapa halaman yang mengandungi amaran mengenai wabak COVID-19, kebakaran hutan dan puting beliung tiada paparan.
Perkhidmatan kebakaran, kesihatan dan meteorologi di seluruh negara mengalami masalah dengan halaman Facebook mereka yang selalu digunakan untuk menyiarkan amaran kecemasan bencana.
-Advertisement-
Menteri Alam Sekitar, Sussan Ley, dalam hantaran di akaun Twitter menyatakan bahawa halaman Biro Meteorologi kerajaan terjejas dengan sekatan kandungan berita Facebook secara tiba-tiba.
Beliau menyarankan supaya orang ramai mendapatkan maklumat di laman web. – AFP- Berita Harian