People look at Apple's new iPhone 11, iPhone 11 Pro, and iPhone 11 Pro Max models at the Apple Store in IFC, Central district, Hong Kong, China October 10, 2019, after Apple Inc on Wednesday removed an app that protestors in Hong Kong have used to track police movements from its app store. REUTERS/Athit Perawongmetha
MOSCOW: Russia denda Apple AS$12.1 juta (RM49.6 juta) kerana ‘salah guna’ kedudukan bagi monopoli pasaran dengan mengutamakan aplikasinya sendiri, kata pengawal selia kerajaan semalam.
-Advertisement-
Ia dilakukan ketika Russia meningkatkan tekanan terhadap syarikat teknologi Barat, dengan pihak berkuasa menyasarkan untuk meletakkan segmen internet Russia di bawah kendalian negara itu.
Tindakan itu diambil ketika agensi anti kepercayaan di Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Britain dan Korea Selatan semakin berminat terhadap Apple, dengan banyak syarikat ingin bebas daripada syarat stor aplikasi globalnya.
Perkhidmatan Anti-Monopoli Persekutuan Russia, dalam satu kenyataan, berkata Apple dikenal pasti menyalahgunakan kedudukannya yang dominan di pasaran pengedaran iOS.
-Advertisement-
“Apple didapati menggunakan siri rangkaian tindakan untuk mewujudkan kelebihan daya saing untuk produknya sendiri,” katanya.
Denda lebih AS$12.1 juta (RM49.6 juta) dikenakan ke atas syarikat itu selepas keputusan memihak kepada syarikat keselamatan siber Kaspersky Lab, yang memfailkan aduan terhadap gergasi teknologi AS itu.
Apple mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan menjelaskan pihaknya dengan hormat tidak bersetuju terhadap ketetapan perkhidmatan anti-monopoli Russia.
Tambah syarikat itu, ia bangga kerana sudah membantu ratusan ribu pemaju di Russia, termasuk Kaspersky untuk mencapai lebih lebih satu bilion pelanggan di 175 negara melalui App store.-BH