PETALING JAYA: Seorang presiden persatuan sukan kebangsaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan kuasa.
Suspek dilaporkan disiasat agensi anti-rasuah itu atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak berkaitan persatuan sukan yang diterajuinya.
“Suspek dipercayai memberi projek-projek di bawah persatuan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya.
“Terdapat beberapa projek turut didakwa diberikan kepada syarikat milik suspek sendiri,” kata sumber memetik laporan Berita Harian.
-Advertisement-
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan mahkamah membenarkan reman selama 4 hari sehingga 2 Feb ini.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009,” katanya. -FMT