JITRA 4 Mei 2026 (The Capital Post) – Dua lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan memindahkan diesel secara haram di kawasan jirat Cina di Jitra.
Serbuan dilakukan hasil risikan dan pemantauan pihak berkuasa yang mengesan aktiviti mencurigakan melibatkan pemindahan bahan api bersubsidi ke dalam beberapa bekas simpanan di lokasi berkenaan.
Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa turut merampas sejumlah diesel, peralatan pemindahan minyak serta beberapa bekas yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan untuk siasatan lanjut.
-Advertisement-
KPDN memaklumkan kedua-dua suspek kini disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kawalan bekalan dan penyalahgunaan barang bersubsidi. Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyeleweng diesel subsidi demi keuntungan peribadi.
Kegiatan penyelewengan diesel dilihat masih menjadi antara cabaran utama pihak penguat kuasa memandangkan bahan api bersubsidi itu sering menjadi sasaran sindiket yang mengambil kesempatan terhadap perbezaan harga pasaran. -The Capital Post