KUALA LUMPUR 9 Mei 2026 (The Capital Post) – Jenama sukan XTEP memperkenalkan kasut larian terbaharu, Light Boat Ultra menerusi akses awal eksklusif di Shopee Mall bermula 9 Mei ini dengan harga promosi RM329 berbanding harga asal RM599.
Model baharu itu ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk Black Pearl, Maiden Voyage Day dan Azure Sea, selain setiap pembelian turut didatangkan bersama hadiah edisi terhad serta peluang memenangi kasut larian popular XTEP bernilai sehingga RM399.
Menurut XTEP, Light Boat Ultra direka bagi memberikan kestabilan pendaratan lebih baik dan lantunan lebih responsif menerusi penggunaan Sistem Pengudaraan Sail 360° serta kusyen midsole ACE yang dipertingkatkan untuk pengalaman larian lebih ringan dan selesa.
Sempena pelancaran tersebut, pengguna Shopee turut berpeluang menikmati diskaun sehingga 40 peratus bagi pembelian kasut berkenaan bermula 9 hingga 12 Mei.
-Advertisement-
Selain itu, pembeli yang mengikuti sesi pelancaran melalui Shopee Live pada 9 Mei boleh menebus baucar potongan RM20, manakala pelanggan Shopee VIP menikmati tambahan diskaun 15 peratus dengan pembelian minimum RM202.
XTEP turut menawarkan kempen khas kepada pelanggan dengan lima pembeli tertinggi di XTEP Official Shop di Shopee pada 9 Mei berpeluang memenangi kasut larian daripada siri YuYi FW, Feather Foam dan SP300 bernilai sehingga RM399.
Dalam masa sama, orang ramai juga boleh mencuba sendiri kasut Light Boat Ultra menerusi acara pelancaran eksklusif yang akan berlangsung di kedai utama XTEP di Mid Valley Megamall pada 9 Mei bermula jam 9.30 pagi hingga 11 pagi.
Acara tersebut turut menampilkan beberapa personaliti kecergasan termasuk Al Rumie, Regine Au dan Enda Tan yang dijangka memeriahkan sesi pelancaran produk berkenaan.
Pelancaran itu dilihat sebagai sebahagian strategi XTEP untuk memperkukuh kehadiran jenama tersebut dalam pasaran kasut larian tempatan menerusi gabungan teknologi prestasi dan penawaran digital eksklusif bersama platform e-dagang. – The Capital Post