Foodpanda Sokong Vendor Tempatan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR 9 Mei 2026 (The Capital Post) – foodpanda Malaysia melancarkan kempen terbaharu dikenali sebagai ‘Wajib Try Ni!’ bagi mengetengahkan hidangan tempatan serta membantu vendor kecil dan bebas terus mendapat perhatian dalam ekonomi digital.

Kempen tersebut bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia meneroka semula pelbagai makanan tempatan yang mencerminkan kekayaan budaya kulinari negara sambil menyokong perniagaan tempatan yang mengekalkan tradisi makanan warisan.

Menurut foodpanda Malaysia, peningkatan penggunaan platform digital demi kemudahan pengguna menyebabkan ramai vendor kecil berdepan cabaran untuk menonjolkan jenama mereka di tengah persaingan pasaran yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh berkata, kempen berkenaan mencerminkan komitmen syarikat dalam membantu vendor tempatan kekal relevan selain memastikan warisan makanan Malaysia terus dihargai oleh generasi masa kini.

Beliau berkata, foodpanda bukan sekadar menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, malah berperanan menghubungkan pengguna dengan kisah, budaya dan semangat di sebalik setiap hidangan tempatan.

Kempen itu dimulakan di Pulau Pinang yang terkenal sebagai destinasi makanan utama negara dengan kepelbagaian sajian dan budaya kulinari unik.

Nasi Kerabu Ayam @ Nasi Lemak Ciksue

Antara vendor tempatan yang diketengahkan ialah Nasi Lemak Ciksue yang mengekalkan resipi warisan keluarga sejak lebih 70 tahun lalu menerusi hidangan popular seperti Nasi Lemak Ayam Bakar dan Nasi Kerabu Harimau Menangis.

-Advertisement-

Nasi Lemak @ Ikat Tepi Kopitiam

Selain itu, Ikat Tepi Kopitiam turut menjadi sebahagian daripada kempen tersebut dengan menampilkan sajian klasik tempatan termasuk Nasi Lemak Lipat Tiga Segi serta minuman Kopi Signature.

Superfreeze Espresso @ Frank Laurent Coffee Roasters

Frank Laurent Coffee Roasters pula memperkenalkan gabungan seni penyediaan kopi dan teknologi moden melalui minuman Signature Coffee serta Matcha yang menjadi pilihan pelanggan.

foodpanda Malaysia memaklumkan bahawa kempen berkenaan turut akan menampilkan kandungan khas berkaitan penerokaan makanan dari pelbagai negeri di seluruh negara menerusi platform media sosial syarikat itu.

Inisiatif tersebut dilihat mampu membantu memperluas capaian vendor tempatan selain memperkukuh kedudukan perniagaan makanan tempatan dalam landskap digital yang semakin kompetitif. -The Capital Post