KKDW Perkukuh Agenda Pembangunan Desa

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 5 Jun 2026 (The Capital Post) – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menegaskan bahawa agenda pembangunan luar bandar perlu terus diperkasa secara menyeluruh dan berterusan sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh ketahanan nasional negara.

 

Dalam amanat beliau sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Jun 2026, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menekankan bahawa pembangunan desa bukan sahaja berperanan meningkatkan kesejahteraan rakyat, malah menjadi elemen penting dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau menjelaskan bahawa usaha pembangunan yang inklusif dan bersepadu perlu terus diperkukuh bagi memastikan manfaat kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi geografi.

-Advertisement-

Seiring dengan aspirasi tersebut, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar secara holistik bagi memastikan komuniti desa kekal berdaya tahan, berdaya saing serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan ekonomi negara.

Pendekatan ini juga dilihat selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan nasional yang lebih seimbang, inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan – The Capital Post