KANGAR, 5 Jun 2026 (The Capital Post) – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ditangguhkan pada Jumaat tanpa sebarang usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kedudukannya.
Abu Bakar berkata persidangan selama tiga hari itu berlangsung lancar dan mencerminkan hubungan kukuh antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) di negeri tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan mengenai usaha menggugat kepimpinan kerajaan negeri gagal dan menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada perpaduan serta pembangunan negeri.
-Advertisement-
Ketiadaan sebarang usul terhadap Menteri Besar dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Abu Bakar dalam menerajui pentadbiran Perlis sehingga tamat penggal semasa pada 2027. – The Capital Post.