Baucar Buku MADANI 2026 Dibuka Hari Ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 1 Julai 2026, (The Capital Post) – Program Baucar Buku MADANI 2026 mula dibuka hari ini dengan menawarkan e-baucar bernilai RM100 kepada murid sekolah menengah dan lepasan menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menggalakkan budaya membaca serta memperluaskan akses kepada bahan bacaan berkualiti.

Penebusan baucar boleh dibuat menerusi portal DELIMa di d2.delima.edu.my sebelum penerima meneruskan proses pembelian buku melalui platform Book Capital.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh pembangunan pendidikan dan membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar melalui penyediaan bantuan pembelian bahan bacaan yang berkualiti dan relevan.

-Advertisement-

Setiap penerima yang layak akan menerima e-baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan bagi menyokong pembelajaran, memperkaya ilmu pengetahuan serta meningkatkan minat terhadap pembacaan.

Kerajaan berharap pelaksanaan Baucar Buku MADANI 2026 dapat membantu meringankan beban kos pendidikan keluarga, di samping melahirkan generasi yang lebih berilmu, berfikiran kritis dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. – The Capital Post