FHMAPK 2026 Catat 157,237 Pengunjung

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU 1 Julai 2026, (The Capital Post) – Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026 yang berlangsung di Johor dari 24 hingga 28 Jun 2026 mencatatkan kehadiran memberangsangkan sebanyak 157,237 pengunjung, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai platform utama dalam mempromosikan warisan, budaya dan sejarah negara.

Program berkenaan menghimpunkan pelbagai institusi muzium, agensi kerajaan serta institusi pendidikan dalam usaha memperkasa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan warisan negara, selain menyokong promosi Tahun Melawat Johor 2026 melalui pengisian berasaskan sejarah dan budaya.

Majlis Makan Malam Penutup yang diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir, yang hadir bagi mewakili kementerian dalam mengiktiraf kejayaan penganjuran festival tersebut.

-Advertisement-

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir dan YB Dato’ Dr. Haji Abdul Rahim Ramli, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh sektor pelancongan berasaskan warisan dan budaya negeri Johor.

Penganjuran FHMAPK 2026 dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam memperluaskan pendedahan terhadap khazanah sejarah negara serta menarik minat masyarakat terhadap peranan institusi muzium sebagai penjaga warisan bangsa. – The Capital Post