Pelajar UiTM Bantu Malaysia Juara Boling Padang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GOLD COAST 8 Julai 2026, (The Capital Post) – Malaysia terus mencipta kecemerlangan di pentas sukan antarabangsa apabila skuad boling padang wanita negara muncul juara acara fours wanita pada Kejohanan Terbuka Australia 2026 yang berlangsung di Gold Coast, Australia.

Kejayaan bersejarah itu turut menyaksikan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nurul Alyani Jamil, memainkan peranan penting bersama rakan sepasukan Aleena Ahmad Nawawi, Emma Firyana Saroji dan Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dalam membawa pulang kejuaraan buat negara.

Pada aksi final, gandingan Malaysia mempamerkan persembahan cemerlang apabila menewaskan pasukan Victoria dengan keputusan 19-13 sekali gus mengesahkan gelaran juara kejohanan tersebut.

-Advertisement-

Pencapaian membanggakan itu membuktikan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan bukan sahaja mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, malah berupaya menyerlah di arena sukan antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pelbagai bidang. – The Capital Post