KUALA LUMPUR, 16 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh transformasi digital sektor pembinaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Sekretariat Industrialised Building System (IBS), Building Information Modelling (BIM) dan Pre-Approved Plan (PLAN) Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2026.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim itu membincangkan status pelaksanaan, pemantauan serta hala tuju inisiatif IBS dan BIM dalam projek-projek kerajaan.
Mesyuarat berkenaan turut menjadi platform penting bagi memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi, selain memastikan agenda pendigitalan serta pemodenan industri pembinaan negara dilaksanakan secara berkesan.
-Advertisement-
Usaha berterusan tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam meningkatkan kecekapan penyampaian projek pembangunan, memperkukuh kualiti pembinaan serta menyokong pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Kerja Raya Malaysia, inisiatif ini mencerminkan komitmen kementerian untuk mempercepat penggunaan teknologi digital dan kaedah pembinaan moden bagi meningkatkan prestasi industri pembinaan negara.-The Capital Post.